Selepas lebih sebulan memperkenalkan aplikasi iFruit untuk pengguna iOS, kini dilihat Rockstar juga telah menerbitkan aplikasi sama untuk pengguna Android, membolehkan mereka menghubungkan ia kepada permainan Grand Theft Auto 5.
Samsung sedia terkenal dalam arena pengeluaran peranti elektronik, daripada telefon pintar hinggalah kepada televisyen, mesin basuh, penghawa dingin dan sebagainya. Selain dalam arena pengeluaran peranti, kini Samsung juga telah mula memfokuskan kepada arena perisian dan aplikasi.
Microsoft sedia memperkenalkan konsol Xbox One dan juga alat kawalan untuknya sebelum ini. Kini, dengan tarikh jualan rasminya untuk beberapa buah negara barat yang semakin dekat, pihak Microsoft turut menerbitkan sebuah video khas memfokuskan kepada kawalan suara.
Terdapat beberapa perisian yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan kembali fail yang telah dipadam daripada sesuatu cakera keras, dan salah satunya yang hadir dengan rekaan yang ringkas dan mudah digunakan adalah Puran File Recovery.
Terdapat beberapa aplikasi pada platform iOS yang menawarkan pengguna untuk menambah efek khas sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain. Kini, salah satu yang hadir dengan kualiti efek yang menarik dan profesional adalah Chromic.
Google Takeout merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google dalam memudahkan para pengguna untuk memuat-turun data-data pengguna untuk sesuatu akaun Google dengan mudah. Terkini, ia kelihatan halaman untuk Google Takeout menerima kemaskini antaramuka untuknya.
BolehVPN hari ini berkongsi mengenai info keselamatan laman-laman perbankan utama di Malaysia, dan daripada ujian yang dilakukan menggunakan Qualys SSL Labs memperlihatkan yang mana Maybank2U mempunyak gred paling teruk berbanding yang lain.
Fungsi carrier billing merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, terutamanya dalam memudahkan pembelian aplikasi di peranti pintar mereka. Terkini, ia dilihat pihak DiGi telah menambah sokongan tersebut untuk pengguna BlackBerry 10.
Lanjutan daripada gambar peranti yang tertiris sebelum ini, hari ini pihak LG secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar mereka yang menyertakan skrin melengkung, dinamakan sebagai LG G Flex.
Pada awal tahun ini, Sony memperlihatkan Sony Xperia Z, peranti tahan debu dan air Android pertama mereka. Xperia Z juga mejadi peranti pertama Sony yang menggunakan rekaan omnibalance yang kini digunakan secara meluas pada kesemua peranti keluarga Xperia daripada Sony.
Dalam usaha untuk membawa rangkaian internet ke lebih banyak negara-negara membangun, kini ia dilihat yang mana pihak Google sedang menguji perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai Google WiFi Passport.