Google Takeout Menerima Kemaskini Antaramuka Dalam Memudahkan Anda Memuat-Turun Data

Google Takeout merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google dalam memudahkan para pengguna untuk memuat-turun data-data pengguna untuk sesuatu akaun Google dengan mudah. Terkini, ia kelihatan halaman untuk Google Takeout menerima kemaskini antaramuka untuknya.

Google Takeout Menerima Kemaskini Antaramuka Dalam Memudahkan Anda Memuat-Turun Data

Kini, dengan melayari halaman berkenaan, pengguna hanya perlu klik pada butang “Buat Arkib”, dan seterusnya sebuah halaman baru akan dibuka memberikan pilihan data-daata yang ingin dimuat-turun oleh pengguna.

Pengguna juga boleh memilih format yang ingin dimuat-turun, yang mana amat berguna sekiranya anda ingin memuat-turun data daripada Google Drive supaya format simpanan pada komputer adalah mesra dengan perisian anda.

Bagi anda yang sering menggunakan akaun Google untuk simpanan data dan pelbagai perkongsian, mungkin boleh layari Google Takeout hari ini dan membuat salinan pendua untuk data anda.

Nota: