DiGi Menawarkan Pembayaran Melalui Bil Telekomunikasi Untuk Pembelian Di BlackBerry World

Fungsi carrier billing merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, terutamanya dalam memudahkan pembelian aplikasi di peranti pintar mereka. Terkini, ia dilihat pihak DiGi telah menambah sokongan tersebut untuk pengguna BlackBerry 10.

Dengan penambahan fungsi tersebut, kini pengguna DiGi yang membuat pembelian di BlackBerry World – boleh memilih untuk melakukan pembayaran menggunakan akaun kredit DiGi mereka, tanpa perlu menggunakan kad kredit.

Walaubagaimanapun, pilihan lain seperti pembayaran melalui PayPal atau akaun kad kredit masih dikekalkan di BlackBerry World.

Buat masa ini, hanya DiGi sahaja yang menawarkan sokongan tersebut, dan tidak diketahui bilakah akan diperluaskan ke syarikat telekomunikasi lain.

Baca juga:  Asus Memperkenalkan Keluarga Telefon Android Berasaskan Cip Intel – ZenFone
Nota: