LG Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Melengkung – LG G Flex

Lanjutan daripada gambar peranti yang tertiris sebelum ini, hari ini pihak LG secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar mereka yang menyertakan skrin melengkung, dinamakan sebagai LG G Flex.

LG Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Melengkung – LG G Flex

Dari segi spesifikasi, LG G Flex menyertakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800, memori 2GB RAM, dan juga kamera belakang 13-megapixel pada bahagian belakang. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500mAh bersama-sama dengannya.

LG mengatakan peranti ini memberikan kadar ergonomik lebih tinggi ketika membuat panggilan, serta menyertakan kebolehan untuk “pulih” daripada sebarang calar pada kerangka belakang.

LG Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Melengkung – LG G Flex

Buat masa ini, telefon pintar ini dilihat ditujukan untuk pengguna di Korea Selatan terlebih dahulu, dan tidak diketahui sama ada akan hadir ke negara-negara lain ataupun tidak.

Baca juga:  Nokia XL Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Nota: