Laman Perbankan Maybank Dilihat Mempunyai Sekuriti Yang Rendah Berbanding Laman Perbankan Lain

BolehVPN hari ini berkongsi mengenai info keselamatan laman-laman perbankan utama di Malaysia, dan daripada ujian yang dilakukan menggunakan Qualys SSL Labs memperlihatkan yang mana Maybank2U mempunyak gred paling teruk berbanding yang lain.

Mengikut hasil ujian yang dilakukan, Maybank2U dikatakan menggunakan SSL2.0 yang mana dilihat sebagai salah satu teknologi lama, disamping tidak mengimplementasikan sokongan forward secrecy.

Laman Perbankan Maybank Dilihat Mempunyai Sekuriti Yang Rendah Berbanding Laman Perbankan Lain

Selain Maybank2U, perkhidmatan Maybank2E juga turut menerima gred sama, dan kedua-duanya menerima gref F – gred paling teruk antara laman perbankan yang lain. Selain Maybank2U dan Maybank2E, Affin Bank juga dilihat menerima gred yang sama.

Perkara ini boleh dikatakan agak mengejutkan ramai, apatah lagi dengan perkhidmatan perbankan Maybank2U digunakan ramai pengguna seluruh negara, dan boleh dikatakan sebagai salah satu perkhidmatan perbankan atas-talian utama di negara

Dari segi laman perbankan yang baik, CIMBClicks dilihat antara yang terbaik dan menawarkan persekitaran pelayaran yang selamat kepada pengguna mereka.

Nota: