Google Menguji Perkhidmatan WiFi Passport Di Indonesia

Dalam usaha untuk membawa rangkaian internet ke lebih banyak negara-negara membangun, kini ia dilihat yang mana pihak Google sedang menguji perkhidmatan baru yang dinamakan sebagai Google WiFi Passport.

Google WiFi Passport hadir khusus untuk pengguna Android, membolehkan mereka berhubung ke beberapa hotspot, dan menikmati akses internet pada kadar rendah melalui telefon pintar dan tablet Android mereka.

Google Menguji Perkhidmatan WiFi Passport Di Indonesia

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya diuji di Jakarta, Indonesia, menawarkan baucar percuma untuk kegunaan selama 10 hari, atau pada harga IDR20,000 untuk kegunaan selama 20 hari dan IDR 50,000 untuk kegunaan selama 50 hari.

Dari segi kuota pula Google dilihat menawarkan pilihan penggunaan data sehingga 3GB sehari, atau 7GB selama 7 hari atau 10GB selama 30 hari.

Bagi mereka yang ingin ke Jakarta dalam masa terdekat ini, mungkin kelak boleh mencuba perkhidmatan ini, dan boleh menyemak senarai hotspot WiFi Passport ini di halaman rasmi Google.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan memperluaskan perkhidmatan sama ke negara-negara membangun yang lain.

Nota: