Aplikasi GTA V iFruit Diterbitkan Untuk Pengguna Android

Selepas lebih sebulan memperkenalkan aplikasi iFruit untuk pengguna iOS, kini dilihat Rockstar juga telah menerbitkan aplikasi sama untuk pengguna Android, membolehkan mereka menghubungkan ia kepada permainan Grand Theft Auto 5.

Aplikasi iFruit ini dilihat sebagai aplikasi pelengkap kepada permainan GTA V, membolehkan pengguna untuk membuat beberapa aktiviti menarik seperti mengubah-suai kenderaan dan sebagainya menggunakannya.

Aplikasi GTA V iFruit Diterbitkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi ini juga turut dilengkapi sokongan sosial, serta membolehkan pengguna mengikuti berita berkenaan permainan berkenaan melaluinya.

Bagi pengguna Android yang memainkan permainan Grand Theft Auto 5, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya dalam memainkan permainan tersebut.

Nota: