Hari ini, pihak Nokia mengambil pentas utama di Nokia World dan telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Nokia Lumia 1520 yang mana merupakan phablet pertama daripada mereka.
Spotify telah pun memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk pengguna tempatan beberapa bulan yang lepas. Kini nampaknya, pihak Maxis turut sama bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penstriman lagu tersebut, dalam menawarkan ia kepada para pelanggan mereka.
Lanjutan daripada laporan semalam, hari ini Bloomberg pula melaporkan mengatakan pihak HTC akan hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri, yang mana turut dilengkapi dengan kamera dan menjalankan sistem operasi Android.
Selain daripada Project Shield, hari ini juga pihak Google melalui Google Ideas memperkenalkan satu lagi projek yang disokong mereka dan dalam proses pembangunan, dinamakan sebagai uProxy.
Kurang 12 jam lagi, pihak Nokia bakal mengadakan acara media mereka mengumumkan beberapa peranti baru. Mengikut laporan awal, ia dikatakan sebanyak enam peranti baru bakal diumumkan, dan kini satu lagi gambar peranti baru tertiris, dinamakan sebagai Lumia 1320.
Lanjutan daripada pengumuman rasmi pihak Blackberry, kini dilihat yang mana aplikasi permesejan popular BlackBerry Messenger (BBM) telah pun diterbitkan kepada semua pengguna peranti Android dan juga iPhone seluruh dunia.
Adblock sedia dikenali ramai dengan kebolehan untuk menghalang iklan yang menganggu daripada diperlihatkan. Hari ini, Adblock dilihat melangkah setapak kehadapan dengan memberikan peluang kepada pengguna untuk menghalang pelbagai jenis iklan dan elemen di Facebook daripada dipaparkan.
Google hari ini memperkenalkan salah satu inisiatif baru mereka, dinamakan sebagai Project Shield, dimana melaluinya ia akan menggunakan teknologi dan infrastruktur Google dalam melindugi sesuatu laman daripada serangan DDoS.
Setelah ditangguhkan sebelum ini, hari ini, pihak BlackBerry melalui blog rasmi mereka telah pun mengumumkan pelancaran aplikasi permesejan BBM untuk iPhone dan juga Android secara rasminya.
Ghost merupakan salah satu jenis sistem pengurus kandungan yang mana memfokuskan kepada penerbitan kandungan, terutamanya dalam bentuk blog. Ia baru sahaja telah dilancarkan beberapa hari yang lepas, dan dilihat mendapat perhatian ramai pengguna dan pembangun seluruh dunia.
Facebook kini dilihat menghadapi masalah untuk diakses oleh pengguna, dimana beberapa fungsi pada laman sosial tersebut tidak dapat digunakan, terutamanya sokongan untuk mengemaskini status dan juga untuk menghantar komen.