Nokia Lumia 1520 – Telefon Windows Phone Dengan Skrin 6-inci 1080p

Hari ini, pihak Nokia mengambil pentas utama di Nokia World dan telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Nokia Lumia 1520 yang mana merupakan phablet pertama daripada mereka.

Nokia Lumia 1520 – Telefon Windows Phone Dengan Skrin 6-inci 1080p

Dari segi spesifikasi, Nokia Lumia 1520 membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800 dan juga kamera belakang 20-megapixel PureView. Walaubagaimanapun, sokongan zoom pada Lumia 1520 hanya terhad kepada 2x sahaja, jikalau dibandingkan dengan Lumia 1020. Selain itu, telefon pintar bersaiz 6-inci ini juga turut hadir dengan Windows Phone 8 Update 3 bersama-sama dengannya.

Sokongan lain termasuk kebolehan rakaman stereo audio, ruangan mikro-SD, serta beberapa aplikasi khas seperti Instagram dan juga Vine. Pihak Nokia sendiri menyertakan aplikasi baru, dinamakan sebagai Nokia Camera – menawarkan fungsi rakaman gambar yang amat menarik menggunakannya. Nokia juga turut berkongsi mengatakan aplikasi Papyrus akan turut hadir pada platform Windows Phone, membolehkan pengguna Lumia 1520 untuk mengambil nota menggunakan tulisan tangan dengan pantas.

Seperti biasa, Nokia dijangka akan melancarkan peranti ini secara berperingkat di pasaran seluruh dunia, dan kelihatan jiran kita – Singapura akan menjadi antara yang terawal menerimanya.

Nota: