BlackBerry Mengumumkan Pelancaran BBM Untuk Android Dan iPhone

Setelah ditangguhkan sebelum ini, hari ini, pihak BlackBerry melalui blog rasmi mereka telah pun mengumumkan pelancaran aplikasi permesejan BBM untuk iPhone dan juga Android secara rasminya.

Menurut BlackBerry, dalam beberapa jam lagi, pengguna akan dapat memuat-turunnya melalui Google Play Store dan juga Apple AppStore, dan ia akan menggunakan konsep seumpama aplikasi Mailbox dan Themer sebelum ini, dimana pendaftaran akan diaktifkan secara berperingkat.

Melalui blog rasmi BlackBerry, mereka mengatakan sebaik sahaja memuat-turun dan memasangnya, pengguna akan diminta untuk memasukkan alamat emel untuk tujuan pendaftaran. Selepas itu, ia akan akses untuk aplikasi berkenaan akan diberikan secara berperingkat, sekaligus mungkin akan membolehkan pihak BlackBerry mengoptimasikan penggunaan pelayan mereka bergantung kepada angka penggunaan aplikasi berkenaan.

Jadi, bagi anda yang ingin menggunakannya, sama-sama kita nantikan dalam tempoh beberapa jam lagi sebelum ia diterbitkan di Google Play Store dan juga Apple AppStore.

Nota: