Maxis Dan Spotify Bekerjasama – Menawarkan Langganan Pada Harga Serendah RM10 Sebulan

Spotify telah pun memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk pengguna tempatan beberapa bulan yang lepas. Kini nampaknya, pihak Maxis turut sama bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penstriman lagu tersebut, dalam menawarkan ia kepada para pelanggan mereka.

Maxis Dan Spotify Bekerjasama – Menawarkan Langganan Pada Harga Serendah RM10 Sebulan

Melalui Maxis, pengguna boleh melanggan perkhidmatan Spotify Premium pada harga langganan RM10 sebulan berbanding harga biasa RM14.90 sebulan melalui Spotify. Disamping itu, pihak Maxis turut sama menawarkan penggunaan data sebanyak 150MB melalui langganan perkhidmatan ini.

Promosi daripada pihak Maxis ini dilihat akan disokong sehingga 28 Februari 2014 kelak, dan memerlukan pelanggan untuk melanggan sekurang-kurangnya selama 3 bulan.

Bagi yang tidak mengenali Spotify, ia merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu, menawarkan lebih 20 juta lagu melalui perkhidmatan mereka.

Layari : Maxis Spotify

Nota: