Google Memperkenalkan Inisiatif Project Shield – Melindungi Web Daripada DDoS

Google Memperkenalkan Inisiatif Project Shield – Melindungi Web Daripada DDoSGoogle hari ini memperkenalkan salah satu inisiatif baru mereka, dinamakan sebagai Project Shield, dimana melaluinya ia akan menggunakan teknologi dan infrastruktur Google dalam melindugi sesuatu laman daripada serangan DDoS.

Perkhidmatan baru ini difokuskan kepada laman-laman berita, hak kemanusiaan, berbentuk aktivis dan sebagainya.

Pengenalan sokongan Project Shield ini juga memberikan lebih ramai untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi informasi, tanpa perlu risau akan laman mereka diserang oleh DDoS dan sebagainya.

Buat masa ini, perkhidmatan ini diperkenalkan dalam bentuk jemputan sahaja, dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri pada laman Project Shield, dan Google akan menghubungi mereka yang terpilih untuk mengujinya.

Nota: