Instagram untuk Windows Phone hari ini dikemaskini, dimana aplikasi yang masih di peringkat beta tersebut kini menyertakan beberapa fungsi baru, dimana antaranya adalah tag rakan-rakan pada gambar dan juga Photo Maps.
Dalam pelbagai distro Linux, salah satu yang popular adalah Fedora. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan Fedora 20 “Heisenbug” secara rasminya, sekaligus membolehkan pengguna dan peminatnya seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya.
Google sedia digunakan majoriti pengguna dalam membuat carian pelbagai perkara. Seperti setiap tahun, pihak Google hari ini telah pun mengeluarkan Google Zeitgeist 2013 yang memperlihatkan kata kunci yang hangat dan dicari ramai sepanjang tahun 2013 ini.
Facebook sedia menguji fungsi untuk memainkan video secara automatik di NewsFeed. Hari ini, mereka turut mengumumkan yang mana bermula minggu ini mereka akan mula menguji video iklan yang dimainkan secara automatik di NewsFeed.
Nokia Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti Nokia Asha 500 untuk pasaran tempatan hari ini, dan boleh dijual bermula esok (18 Disember) pada harga RM249.
Beberapa hari yang lepas, pihak Animonsta telah sedia berkongsi sebuah paparan skrin untuk permainan terbaru mereka. Hari ini, mereka turut sama menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuk permainan akan datang mereka tersebut.
Pihak Opera Software sedia memperkenalkan Opera Coast untuk pengguna iPad, yang mana membawakan sokongan pelayaran web dengan fokus kepada kandungan dan beberapa kawalan menarik.
Facebook sebelum ini sedia menyediakan beberapa jenis ikon-ikon comel yang boleh digunakan untuk dihantar kepada rakan-rakan melalui Messenger. Hari ini, ia dilihat laman sosial terkemuka ini turut menambah ikon pelekat “LIKE” untuk pengguna mereka.
Hari ini, pihak UMobile secara rasminya telah memperkenalkan sokongan rangkaian 4G LTE, sekaligus membawakan kelajuan internet sehingga 75 Mbps untuk pengguna prabayar, pascabayar dan juga pengguna jalur-lebar mudah-alih.
Microsoft boleh dikatakan menyertakan satu demi satu fungsi yang diminati pengguna pada platform Windows Phone mereka. Kini, melalui sebuah laporan baru, beberapa fungsi baru Windows Phone 8.1 dikongsikan – yang mungkin diperkenalkan pada April kelak.
Mungkin ramai yang masih mengingati sebuah alat kawalan permainan yang pernah diperlihatkan Samsung ketika pelancaran Galaxy S4 tempoh hari. Kini, alat kawalan permainan tersebut diberikan sedikit kemaskini dan diberikan nama Samsung Gamepad.