Nokia Malaysia hari ini telah mengumumkan peranti Nokia Asha 500 (satu-SIM) untuk pasaran tempatan hari ini, dan boleh dijual bermula esok (18 Disember) pada harga RM249.
Nokia Asha 500 dilengkapi dengan platform Asha, membolehkan pengguna untuk menggunakan beberapa teknologi asas telefon pintar, disamping hadir dengan beberapa aplikasi menarik seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan sebagainya.
Nokia Asha 500 juga turut memudahkan pengguna untuk merakamkan gambar, dimana ia boleh dilakukan dengan hanya satu swipe dari lock-screen, dan tap pada mana-mana bahagian skrin untuk merakamkan gambar. Pengguna juga boleh seterusnya berkongsi gambar ke Facebook atau Twitter dengan hanya satu sentuhan dari rakaman gambar mereka.
Dari segi spesifikasi, Asha 500 membawakan skrin bersaiz 2.8-inci QVGA, sokongan rangkaian 2G, kamera 2-megapixel, dan hadir dalam pilihan warna merah, kuning, putih, hitam dan juga cyan. Menariknya mengenai Nokia Asha 500 dan beberapa peranti Asha lain adalah masa bertahan baterinya. Nokia Asha 500 ini dikatakan membawakan masa bertahan sehingga 22 hari lamanya untuk dwi-SIM.
Mereka yang berminat, boleh mendapatkan peranti Nokia Asha 500 daripada pengedar tempatan bermula esok pada harga RM249. Nokia Asha 500 turut menyertai tawaran Nokia Asha 502 yang diumumkan Nokia Malaysia baru-baru ini.