Instagram Beta Dikemaskini Untuk WP8 – Menyertakan Sokongan Tag Dan Photo Maps

InstagramInstagram untuk Windows Phone hari ini dikemaskini, dimana aplikasi yang masih di peringkat beta tersebut kini menyertakan beberapa fungsi baru, dimana antaranya adalah tag rakan-rakan pada gambar dan juga Photo Maps.

Melalui sokongan tag, pengguna boleh merakamkan sesuatu gambar dan kemudianya melabelkan wajah atau sebarang perkara dengan nama rakan. Kemudiannya, gambar tersebut turut akan ditambah ke profil rakan anda (memerlukan pengesahan daripada rakan sebelum ia dipaparkan).

Selain itu, sekiranya pengguna gemar menggunakan sokongan tag geolokasi pada gambar, salah satu fungsi menarik yang diperkenalkan adalah Photo Maps. Menggunakannya pengguna boleh melihat gambar pada peta dan melihat lokasi-lokasi yang ia dirakamkan.

Bagi pengguna Windows Phone 8, anda boleh mengemaskini aplikasi Instagram Beta hari ini, ataupun memuat-turunnya dari Windows Phone Store secara percuma.

Nota: