Opera Coast 2.0 Diperkenalkan Dengan Beberapa Fungsi Menarik

Pihak Opera Software sedia memperkenalkan Opera Coast untuk pengguna iPad, yang mana membawakan sokongan pelayaran web dengan fokus kepada kandungan dan beberapa kawalan menarik.

Opera Coast

Selang beberapa bulan selepas ia diperkenalkan, hari ini Opera Software mengumumkan Opera Coast 2.0 yang mana menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk membolehkan pengguna menetapkan gambar kegemaran mereka sebagai gambar latar.

Disamping itu, ia juga kini menyokong untuk membuka dokumen PDF menggunakan aplikasi lain, termaasuk iBook.

Pihak Opera juga turut memberikan fokus kepada sokongan muzik pada web, dimana melalui Opera Coast 2.0, kini pengguna boleh mendengar muzik pada web, serta mengawalnya dengan mudah terus melalui lock-screen di iOS.

Bagi pengguna iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera Coast secara percuma hari ini, dan mula menikmati kandungan dalam kaedah yang lebih interaktif berbanding sebelumnya.

Nota: