Animonsta Menerbitkan Video Teaser Untuk Permainan RPG BoBoiBoy

Beberapa hari yang lepas, pihak Animonsta telah sedia berkongsi sebuah paparan skrin untuk permainan terbaru mereka. Hari ini, mereka turut sama menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuk permainan akan datang mereka tersebut.

Game Boboiboy

Secara kasarnya, daripada apa yang dilihat, ia menawarkan permainan seumpama RPG. Nama permainan tersebut masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Animonsta, permainan ini akan ditawarkan secara percuma untuk Android dan juga iOS. Ia bakal diperlihatkan kepada umum pada penghujung minggu ini di Comic Fiesta, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada hari berkenaan.

Baca juga:  PlayStation 4 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1799
Nota: