AOL sebelum ini telah mengumumkan yang mana Winamp akan ditamatkan pada penghujung minggu lepas. Namun, berbeza daripada apa yang dikatakan, halaman Winamp masih boleh diakses seperti biasa buat masa ini, dan perisiannya masih boleh dimuat-turun.
Facebook sedia menawarkan kemudahan untuk para pengguna melihat detik-detik menarik mereka sepanjang tahun ini melalui Year In Review. Salah satu fungsi yang tidak kami perasan adalah dimana Facebook turut membolehkan anda melihat detik-detik menarik yang berlaku dikalangan rakan anda.
FourSquare baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan beberapa fungsi tambahan untuk pengguna.
Bagi pengguna peranti Android, salah satu fungsi yang disertakan bersama adalah sokongan pengumpulan data melalui Google Location. Sokongan ini boleh dimatikan, tetapi ia akan memberi kesan kepada beberapa fungsi lain seperti Google Now dan sebagainya.
Akhir-akhir ini, satu demi satu permainan hadir untuk platform Windows Phone. Terbaru, pihak Imangi Studio telah pun memperkenalkan permainan Temple Run 2 untuk pengguna Windows Phone 8.
Vine sebelum ini lebih memfokuskan kepada penggunaan pada peranti mudah-alih. Hari ini, mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sokongan profil web, termasuk pengenalan URL ringkas untik pengguna.
MYNIC merupakan penyedia domain dengan akhiran .MY di Malaysia, dimana biasanya setiap domain dijual pada harga yang agak tinggi – RM120 setahun. Namun, untuk penghujung tahun ini, mereka mengadakan sebuah promosi khas melalui kempen iChoose.MY.
Winamp bakal ditamatkan pada penghujung minggu ini, dan bersempena dengannya pihak Spotify hadir dengan sebuah projek ringkas yang dinamakan sebagai Spotiamp.
BlackBerry hari ini mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama dengan pihak Foxconn dalam mengeluarkan produk mereka yang baru. Produk pertama hasil kerjasama ini bakal dikenali dengan nama kod “Jakarta”.
Bitcoin sedia menjadi bualan hangat pengguna internet sejak beberapa bulan ini. Dengan lebih ramai yang mula menggunakan Bitcoin, kini pihak pembangun Ked.ai dilihat telah mengintegrasikan sokongan pembayaran melalui Bitcoin pada perkhidmatan mereka.
Pihak Samsung sedia menawarkan ATIV Book 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Selain versi “LITE”, beberapa versi lain dilihat turut dirancang Samsung, termasuk salah satunya adalah “Style”.