BlackBerry Dan Foxconn Bekerjasama Dalam Membangunkan Peranti BB10 Mampu-Milik

BlackBerry 7730

BlackBerry hari ini mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama dengan pihak Foxconn dalam mengeluarkan produk mereka yang baru. Produk pertama hasil kerjasama ini bakal dikenali dengan nama kod “Jakarta”.

Telefon pintar pertama yang bakal dikeluarkan oleh Foxconn tersebut dijangka akan hadir sekitar bulan Mac atau April 2014 kelak, dan akan dijana menggunakan BlackBerry 10. Peranti tersebut dikatakan disasarkan untuk negara-negara membangun, dan akan dilancarkan di Indonesia terlebih dahulu.

Pengumuman ini hadir daripada pihak BlackBerry, lanjutan daripada pengumuman kewangan mereka yang memperlihatkan kerugian hampir $4.4 bilion. Kebanyakkan telefon pintar yang dijual pada suku tahun lepas adalah peranti berasaskan BlackBerry OS 7, berkemungkinan kerana harganya yang lebih murah berbanding telefon pintar BlackBerry 10.

BlackBerry juga kini dibahagian kepada empat bahagian, iaitu bahagian peranti, QNX Embedded Business, perkhidmatan perusahaan, dan juga bahagian permesejan (BBM).

Nota: