Permainan Temple Run 2 Hadir Untuk Pengguna Windows Phone 8

Akhir-akhir ini, satu demi satu permainan hadir untuk platform Windows Phone. Terbaru, pihak Imangi Studio telah pun memperkenalkan permainan Temple Run 2 untuk pengguna Windows Phone 8.

Temple Run 2

Permainan yang ditawarkan secara percuma ini membawakan bentuk permainan “pelarian infiniti”, dimana pemain perlu mencatatkan jarak yang jauh disamping mengelak pelbagai halangan yang hadir ketika proses melarikan diri.

Berbanding dengan Temple Run pertama, versi baru ini membawakan kemaskini dari segi grafik, disamping beberapa cabaran baru berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan Windows Phone 8, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Windows Phone Store. Microsoft turut mengatakan sokongan untuk peranti 512MB akan diperkenalkan pada kemaskini akan datang.

Nota: