FourSquare Mengemaskini Antaramuka Untuk Aplikasi Android

FourSquare baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan kemaskini dari segi antaramuka, dan beberapa fungsi tambahan untuk pengguna.

Pada bahagian menu tepi, kini pengguna diperlihatkan dengan gambar profil, disamping pada masa yang sama menu akses pantas ke beberapa menu utama di FourSquare.

Pengguna juga turut diperlihatkan dengan gambar lokasi-lokasi menarik berdekatan mereka yang diperlihatkan dalam bentuk animasi panning dan juga zoom.

Secara keseluruhan, pihak FourSquare mengatakan ia turut berfungsi lebih pantas, berbanding versi sebelumnya.

Bagi pengguna Android, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini ataupun memuat-turunnya terus dari Google Play Store.

FourSquare Android

Nota: