Facebook Membolehkan Anda Melihat Detik-Detik Menarik Rakan Anda Sepanjang 2013

Facebook sedia menawarkan kemudahan untuk para pengguna melihat detik-detik menarik mereka sepanjang tahun ini melalui Year In Review. Salah satu fungsi yang tidak kami perasan adalah dimana Facebook turut membolehkan anda melihat detik-detik menarik yang berlaku dalam kalangan rakan anda.

Melalui halaman khas yang disediakan, anda boleh melihat pelbagai detik-detik menarik yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan anda di Facebook. Daripada apa yang dilihat ia memilih pelbagai perkongsian peribadi yang diperlihatkan mengikut algoritma tersendiri daripada Facebook.

Pada halaman sama, pengguna turut boleh klik pada gambar profil pengguna yang diperlihatkan pada bahagian atas sekali, seterusnya melihat detik-detik menarik untuk seseorang pengguna dan bukannya rakan anda secara keseluruhan.

Nota: