Dunia tablet boleh dikatakan mendapat perhatian ramai pengeluar sejak bermulanya tahun 2014. Selain pelbagai tablet berasaskan Android, pihak Mozilla turut tidak ingin ketinggalan dan kini dilihat telah bersedia dengan tablet pertama mereka.
Firefox mempunyai beberapa variasi daripada pembangun bebas yang dioptimasikan untuk beberapa perkara, seperti PaleMoon, Waterfox dan terkini adalah Light.
Firefox OS sedia digunakan pada beberapa telefon pintar, dan nampaknya pihak Mozilla mempunyai perancangan yang lebih besar untuk platform mereka tersebut. Pada CES 2014, ia dilihat Panasonic mengumumkan kerjasama dengan pihak Mozilla.
Mozilla sedia menangguhkan beberapa kali pelancaran Firefox yang dioptimasikan dengan paparan “Metro”, khusus untuk pengguna Windows 8. Kini, apa yang dijangkakan untuk bulan Januari dilihat ditangguhkan ke bulan Mac kelak.
Dengan perkembangan pesat dalam dunia teknologi web, pihak Mozilla telah sedia menggunakan jadual pembangunan baru dalam memperkenalkan versi baru pelayar web lebih kurang 6 minggu sekali. Terkini, Firefox 26 telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pengguna desktop.
Mozilla hari ini telah mengumumkan secara rasminya yang mana antaramuka pelayar web baru mereka, Firefox Australis telah pun hadir pada Firefox Nightly, sekaligus memperlihatkan ia akan hadir ke versi stabil dalam beberapa bulan lagi.
Mengikuti jadual pembangunan Firefox, hari ini pihak Mozilla telah pun melancarkan pelayar web versi terbaru mereka untuk pengguna Windows, OS X, Linux dan juga Android – iaitu Firefox 25.
Aktiviti pemantauan pelayaran web hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, dan kini dilihat pihak Mozilla hadir dengan sebuah pemalam khas untuk Firefox, dinamakan sebagai Lightbeam.
Pihak Alcatel dan juga ZTE sedia memperkenalkan telefon pintar berasaskan kepada FirefoxOS mereka, dan kini pihak LG turut sama menyertai keluarga FirefoxOS dengan pengenalan telefon pintar LG Fireweb.
FirefoxOS masih lagi tidak digunakan secara meluas oleh ramai pengguna, namun ia tidak menghentikan pembangun aplikasi untuk hadir dengan aplikasi rasmi mereka untuk platform tersebut. Ini termasuklah pihak Google yang dilihat telah pun sedia menerbitkan aplikasi mereka di Firefox Marketplace.