Light – Variasi Firefox Dengan Komponen Yang Lebih Ringan

Firefox mempunyai beberapa variasi daripada pembangun bebas yang dioptimasikan untuk beberapa perkara, seperti PaleMoon, Waterfox dan terkini adalah Light.

Light

Light seperti pada namanya, dioptimasikan untuk kelajuan. Ia membolehkan perkara ini dicapai dengan membuang beberapa komponen yang tidak digunakan ramai, termasuk antaranya adalah Developer Tools, penyemak ejaan, WebRTC, dan beberapa yang lain.

Secara kasarnya, boleh dikatakan pengguna biasa jarang menggunakan fungsi tersebut, dan mungkin Light ini sesuai untuk mereka.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun ia secara percuma daripada laman rasmi mereka hari ini.

Baca juga:  BitTorrent Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Bleep – Dikatakan Lebih Selamat Berbanding Yang Lain
Nota: