Spesifikasi Untuk Tablet FirefoxOS Pertama Diperlihatkan

FlatfishDunia tablet boleh dikatakan mendapat perhatian ramai pengeluar sejak bermulanya tahun 2014. Selain pelbagai tablet berasaskan Android, pihak Mozilla turut tidak ingin ketinggalan dan kini dilihat telah bersedia dengan tablet pertama mereka.

Tablet pertama berasaskan Firefox OS ini dilihat menggunakan nama “InFocus”, dan membawakan sokongan WiFi sahaja. Dari spesifikasi yang dikongsikan, tablet ini bakal dilengkapi dengan cip Cortex A7 1.0Ghz empat-teras, memori 2GB DDR3, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 10.1-inci, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel serta hadir dengan sokongan mikro-SD, mikro-USB, dan juga bateri berkapasiti 7000mAh.

Peranti ini dilihat bakal menjadi titik tolak untuk Firefox OS Tablet, dalam usaha membawakan sistem operasi berasaskan HTML5 mereka ke skrin tablet.

Ia tidak diketahui lagi, bilakah ia akan dipasarkan, ataupun ia hanya akan eksklusif untuk penyumbang kod sahaja terlebih dahulu.

Apa pun, satu persoalan besar yang bermain diminda kami adalah adakah pengguna akan mendapatkannya ataupun sebaliknya. Tablet berasaskan Firefox OS ini semestinya akan bersaing dengan tablet berasaskan Android. Apatah lagi dengan beberapa pengeluar seperti Asus, Acer, HP dan sebagainya yang sedia menawarkan tablet berasaskan Android pada harga rendah.

Jadi, bagi anda, adakah anda akan mendapatkan tablet berasaskan Firefox OS ini ataupun lebih kepada tablet berasaskan Android ataupun iOS?

Nota: