Pelayar Web Firefox 25 Hadir Dengan Sokongan Web Audio

Mengikuti jadual pembangunan Firefox, hari ini pihak Mozilla telah pun melancarkan pelayar web versi terbaru mereka untuk pengguna Windows, OS X, Linux dan juga Android – iaitu Firefox 25.

Melalui Firefox 25, beberapa kemaskini disertakan dan salah satunya adalah sokongan untuk Web Audio. Selain daripada itu, untuk pengguna yang telah tidak menggunakan Firefox untuk beberapa bulan, mereka akan ditawarkan dengan pilihan untuk memindahkan data pelayaran dari pelayar web lain.

Selain itu, untuk versi Android, beberapa kemaskini turut hadir, termasuk salah satunya adalah “Guest Browsing” yang boleh digunakan oleh rakan-rakan anda untuk tujuan pelayaran web.

Bagi pengguna Firefox sedia ada, anda akan ditawarkan dengan kemaskini automatik pada pelayar web anda, ataupun secara alternatifnya boleh memuat-turun pelayar web tersebut dari pelayan Firefox hari ini.

Muat-Turun Firefox 25

Nota: