E3 2014: Nintendo Memperlihatkan Demo Legend Of Zelda Terbaru

Pagi ini sewaktu acara Nintendo pada E3 2014, Eiji Aonuma telah mengumumkan siri baru The Legend of Zelda yang memaparkan keterbukaan dunia permainan Zelda. Permainan ini akan hadir pada 2015. Dengan pengenalan fungsi ini, pemain boleh mengembara di dunia Zelda dengan bebas selain dari melaksanakan misi utama permainan ini.

E3 2014: Aplikasi YouTube Akan Hadir Ke PS4 Akhir Tahun Ini

Sony mengumumkan aplikasi khusus untuk YouTube pada platform PS4 akan hadir pada akhir tahun ini. Melalui aplikasi ini, pemain boleh merakam dan menerbit video permainan tersebut terus ke akaun YouTube mereka. Aplikasi khusus ini juga berfungsi seperti YouTube pada PS3, membolehkan anda menonton video dari saluran yang anda minati.

E3 2014: GTA V Untuk PS4, Xbox One, dan PC Akan Hadir September Ini

Sewaktu acara Sony pada E3 2014, video GTA V turut dipertontonkan yang memaparkan kualiti permainan tersebut apabila dimainkan pada platform PS4. Rockstar Games terdahulu telah menerbitkan permainan ini pada bulan September tahun lepas untuk platform PS3 dan Xbox 360. Rockstar juga turut menyatakan GTA V turut tersedia untuk platform Xbox One, dan juga PC pada September ini.

Trailer Metal Gear Solid V: Phantom Pain Untuk E3 2014 Tertiris.

Pada minggu ini akan berlangsung acara E3 yang memfokuskan kepada permainan video. Terdapat banyak penerbit dan jenama akan menunjukkan permainan terbaru mereka yang akan muncul menemui pemain tidak lama lagi. Pengumuman yang akan dibuat Konami adalah berkenaan Metal Gear Solid V: Phantom Pain dan trailer ini tertiris selepas Konami telah memuatnaik trailer tersebut pada awal hari ini.

1 3 4 5 6 7 18