E3 2014: PlayStation 4 Glacier White Diumumkan, Eksklusif Dengan Destiny

Salah satu perkara yang diumumkan oleh Sony pada acara E3 2014 adalah PlayStation 4 Glacier White yang didatangkan ekslusif dengan permainan Destiny. Set ini turut menyertakan baucer keahlian PlayStation Plus selama 30 hari yang membolehkan pengguna memuat-turun permainan percuma dan kandungan khusus untuk ahli PlayStation Plus.

Set PlayStation 4 Destiny 500GB Glacier White ini akan mula dijual pada 9 September 2014 namun ia tidak dapat dipastikan sekiranya tarikh tersebut merupakan tarikh penjualan global atau terhad kepada pasaran US.

Jadi adakah anda akan mendapatkan PS4 berwarna putih ini ?

Nota: