E3 2014: Video Awal Star Wars Battlefront Diperlihatkan

Turut serta dalam pengumuman EA pada acara E3 2014 adalah info berkenaan Star Wars Battlefront. Menerusi video ini, pihak DICE berkongsi berkenaan imej dan rendering awal yang akan dipersembahkan dalam permainan tersebut.

Star Wars Battlefront by DICE1Babak yang dipertontonkan adalah aksi kejar mengejar di hutan Endor yang sedikit kelihatan seakan-akan babak yang sama pada filem Star Wars Return of The Jedi serta sudut pandang dari AT-AT. Turut serta juga adalah bagaimana pihak DICE menghasilkan permainan tersebut pada peringkat awal.

Lebih banyak info berkenaan Star Wars Battlefront dijangka akan dikongsi menjelang tahun hadapan jadi sama-sama kita nantikan permainan ini.

 

Baca juga:  Humble (WB) Bundle Membawakan Permainan FEAR, Batman Dan LoTR
Nota: