E3 2014: GTA V Untuk PS4, Xbox One, dan PC Akan Hadir September Ini

Hari ini, bersempena dengan acara Sony pada E3 2014, video permainan Grand Theft Auto (GTA) V turut dipertontonkan yang mana memaparkan kualiti permainan tersebut apabila dimainkan pada konsol PlayStation 4. Bersama-sama dengannya, pihak Rockstar turut berkongsi yang mana permainan tersebut akan diperluaskan ke PlayStation 4 tidak lama lagi.

Grand Theft Auto 5 merupakan permainan yang dibangunkan oleh Rockstar Games, dimana ia menekankan permainan dalam dunia terbuka, dan pemain memainkan watak yang boleh membuat pelbagai perkara – daripada pengganas sehinggalah kepada pemandu teksi, polis dan sebagainya. Grand Theft Auto 5 telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan hanya ditawarkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360 sahaja ketika itu.

Selaib penawaran untuk PlayStation 4, pihak Rockstar turut berkongsi yang mana permainan sama akan turut hadir ke Xbox One dan juga PC dalam tempoh masa yang sama.

Nota: