Bentuk implementasi Chat Head oleh Facebook sebelum ini adalah salah satu perkara yang digemari ramai. Pelbagai aplikasi yang telah hadir dengan mengambil inspirasi daripadanya, dan kini salah satunya adalah Call Popout.
Lanjutan daripada pengenalan perkhidmatan langanan Spotify melalui Maxis dan Hotlink pada kadar RM10 sebelum ini, hari ini kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan kerjasama secara rasminya, dan akan mula memasarkan perkhidmatan baru ini secara lebih meluas.
Themer merupakan salah satu aplikasi daripada pihak MyColourScreen, dimana ia memudahkan pengguna untuk mengubah tema peranti Android dan menggunakan pelbagai widget dalam keadaan yang disusun dalam bentuk yang amat menarik.
CIMB pada awal minggu ini telah memperkenalkan peranti pembayaran kad kredit mudah-alih mereka, dinamakan Plug n Pay. Kini, syarikat telekomunikasi tempatan DiGi mengambil peluang dengan mengumumkan kerjasama dengan pihak CIMB dalam menawarkan Plug n Pay ini.
Lanjutan daripada laporan mengatakan Samsung mungkin akan hadir dengan kaca mata pintar mereka tersendiri, kini beberapa info tambahan mengenainya diketahui daripada pendaftaran paten oleh pihak Samsung di Korea Selatan.
Bagi mereka yang gemar memainkan permainan berbentuk FPS (First Person Shooter) pada peranti mudah-alih, mungkin pernah mendengar akan mengenai Dead Trigger. Kini, versi kedua permainan tersebut, iaitu Dead Trigger 2 telah pun dilancarkan untuk pengguna iOS dan juga Android.
Pada Computex 2013 yang lepas, pihak Asus telah memperkenalkan telefon pintar mereka dengan sokongan stylus – dinamakan sebagai Asus FonePad Note 6. Kini, selepas beberapa bulan, nampaknya peranti berkenaan akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Lenovo Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebanyak empat peranti baru untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah tablet Windows 8 mereka, iaitu Miix 10.
Setelah membuat potongan harga untuk Surface Pro pada penghujung Ogos yang lepas, kini nampaknya pihak Microsoft membuat potongan harga lagi sekali untuk tablet perkomputeran mereka tersebut, dan kini dijual pada harga bermula RM2139.
Permainan Plant vs Zombies 2 telah sedia diperkenalkan untuk pengguna iOS, dan hari ini mereka memperluaskan tawaran mereka dengan memperkenalkan ia kepada pengguna Android secara rasminya.
YouTube sedia menjadi destinasi ramai untuk membuat carian video di arena internet. Kini, mengikut laporan awal, YouTube dikatakan akan hadir dengan perkhidmatan muzik mereka tersendiri dan menawarkan perkhidmatan langganan percuma dan berbayar melaluinya.