Lenovo Memperkenalkan Empat Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia

Lenovo Malaysia hari ini telah memperkenalkan sebanyak empat peranti baru untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah tablet Windows 8 mereka, iaitu Miix 10.

Lenovo Memperkenalkan Empat Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia

Pelbagai variasi peranti berasaskan Windows diperkenalkan, bermula dengan Lenovo Y410p. Ia merupakan komputer dengan spesifikasi tinggi daripada pihak Lenovo, dimana menyertakan cip pemprosesan Intel Core serta kad grafik NVIDIA GeForce. Komputer riba ini turut hadir dengan skrin bersaiz 14-inci, dan menawarkan optical drive terbina dengannya.

Lenovo Memperkenalkan Empat Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia

Lenovo IdeaPad S410p pula merupakan komputer riba pada harga mampu daripada Lenovo, dimana komputer riba dengan skrin bersaiz 14-inci ini turut hadir dengan sistem operasi Windows, sokongan skrin sentuh, dan dilengkapi cip Intel Core.

Lenovo Memperkenalkan Empat Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia

Satu lagi komputer riba Lenovo yang diperkenalkan adalah Lenovo S210, yang mana menawarkan pelbagai ciri-ciri asas pada skrin bersaiz 11.6-inci, selain turut dilengkapi dengan sokongan Dolby Advanced Audio, dan juga papan kekunci AccuType.

Lenovo Memperkenalkan Empat Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia

Lenovo Miix 10 merupakan tablet 10.1-inci daripada Lenovo yang mana turut didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Atom. Dari segi masa penggunaan, pihak Lenovo dilihat mengatakannya akan bertahan sehingga 10 jam lamanya.

Dari segi harga, Lenovo Y410p dijual pada harga RM3199, Lenovo S410p Touch pada harga RM1999, Lenovo S210 Touch pada harga RM1699, dan Lenovo Miix 10 hanya akan ditawarkan bermula penghujung November 2013 ini.

Nota: