YouTube Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Muzik Tersendiri

YouTube Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Muzik TersendiriYouTube sedia menjadi destinasi ramai untuk membuat carian video di arena internet. Kini, mengikut laporan awal, YouTube dikatakan akan hadir dengan perkhidmatan muzik mereka tersendiri dan menawarkan perkhidmatan langganan percuma dan berbayar melaluinya.

Berbeza dengan versi percuma, untuk pelanggan yang berbayar, ia akan bebas daripada iklan, selain mana menyokong simpanan muzik untuk didengar tanpa akses internet.

Ia tidak diketahui bagaimanakah perkhidmatan ini akan berbeza dengan Google Play Music All Access yang telah diperkenalkan pihak Google sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan bersama-sama perkhidmatan YouTube ini kelak.

Nota: