Apple selain mengumumkan sistem operasi OS X Mavericks yang akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna mereka, Apple juga turut mengemaskini keluarga komputer riba Macbook Pro dengan beberapa ciri-ciri baru.

Beberapa hari yang lepas, pihak Microsoft telah menarik kembali kemaskini Windows RT 8.1 daripada Windows Store, disebabkan beberapa pengguna yang melaporkan masalah ketika proses menaik-taraf peranti Windows RT mereka. Kini, selepas beberapa hari, ia dilihat Microsoft telah menerbitkan semula Windows RT 8.1 di Windows Store.