Tiga Telefon Nokia Asha Diumumkan – Asha 500, 502 Dan 503

Selain pengenalan telefon pintar berasaskan Windows Phone, pihak Nokia juga turut sama hadir dengan telefon keluarga Nokia Asha mereka, dimana sebanyak tiga peranti baru dibawah keluarga tersebut diperkenalkan.

Tiga Telefon Nokia Asha Diumumkan – Asha 500, 502 Dan 503

Keluarga Nokia Asha baru ini, iaitu Asha 500, Asha 502 dan juga Asha 503 membawakan rekaan yang baru, dimana selain dilengkapi dengan kerangka polikarbonat yang berwarna, ia juga diliputi dengan sebuah lapisan lutsinar khas.

Platform Asha sendiri turut diberikan nafas baru, membolehkan pengguna untuk mengakses gambar dengan lebih pantas, termasuk sokongan pengimejan yang lebih baik. Pengguna juga turut boleh berkongsi gambar yang dirakamkan dengan mudah melalui kemaskini ini.

Seperti biasa, Nokia turut mengumumkan pelancaran beberapa aplikasi baru untuk plaftorm Asha ini, termasuk Whatsapp, Picfeed, Photofunia dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, Nokia Asha 500 menyertakan skrin bersaiz 2.8-inci dengan kamera 2-megapixel serta sokongan rangkaian 2G. Nokia Asha 502 pula menyertakan skrin bersaiz 3-inci dengan kamera 5-megapixel dan juga sokongan rangkaian 2G.

Nokia Asha 503 pula menyertakan sokongan rangkaian 3.5G, dilengkapi skrin 3-inci dan juga kamera 5-megapixel.

Ketiga-tiganya dijangka akan mula dijual di Asia Pasifik bermula suku ke-empat 2013 ini.

Nota: