Google Kini Memperlihatkan Model Molekul Dalam Bentuk 3D Pada Keputusan Carian

Google sedia menawarkan pelbagai jenis info menarik melalui Knowledge Graph mereka dalam usaha memudahkan pengguna mendapatkan info dengan pantas. Kini, nampaknya gergasi carian tersebut turut sama menambah sokongan memperlihatkan molekul dalam model 3D pada halaman keputusan carian.

Google Kini Memperlihatkan Model Molekul Dalam Bentuk 3D Pada Keputusan Carian

Bagi mereka yang gemarkan kimia mahupun sains secara amnya, mungkin biasa melakukan nama-nama molekul melalui enjin carian tersebut. Kini, selain memaparkan info mengenainya melalui Knowledge Graph, pihak Google juga turut menyertakan paparan model dalam bentuk tiga dimensi.

Menggunakannya, pengguna dapat melihat bagaimanakah sesuatu molekul kelihatan dengan lebih jelas, sekaligus memudahkan mereka memahami mengenai sesuatu molekul itu dengan lebih baik.

Nota: