Bersama-sama kemaskini laman Apple Store Malaysia, pihak Apple juga turut mengemaskini halaman iPhone 5S dan juga iPhone 5C, sekaligus memperlihatkan harga peranti berkenaan untuk pasaran Malaysia.
Bagi para pengguna komputer riba Mac, kini anda sudah boleh mula mengemaskini sistem operasinya ke versi terbaru iaitu OS X Mavericks, sekaligus menikmati pelbagai fungsi-fungsi baru yang disertakan dengannya.
Mac Pro – komputer yang memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi kini telah pun disenaraikan di Apple Store Malaysia, dimana versi asasnya hadir pada harga RM9699.
Lanjutan daripada pengenalan MacBook Pro baru, pihak Apple telah mula menyenaraikan ia di Apple Store Malaysia dengan masa penghantaran dalam 24 jam daripada pembelian. MacBook Pro dengan paparan Retina versi asas dijual pada harga bermula RM4199.
Selesai pengenalan iPad Mini 2, Apple telah pun mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, dan dilihat iPad Mini generasi pertama kini dijual pada harga bermula RM949 – memperlihatkan potongan harga sebanyak RM50 berbanding sebelum ini.
Selain pengenalan tablet iPad Air, pihak Apple juga turut mengemaskini keluarga iPad Mini mereka, dimana generasi kedua iPad Mini kini hadir dengan skrin paparan Retina – seperti diperkatakan sebelum ini.
Mengambil pentas utama pada acara Apple hari ini semestinya adalah keluarga tablet mereka. Membawakan rekabentuk seumpama keluarga iPad Mini yang diperkenalkan sebelum ini, pihak Apple memperkenalkan generasi kelima iPad mereka sebagai iPad Air.
Selain daripada kemaskini sistem operasi yang ditawarkan secara percuma, pihak Apple juga menambah beberapa perisian lain lagi dibawah tawaran percuma termasuk iWorks dan juga iLife.
Bagi mereka yang bekerja di industri dengan keperluan kuasa pemprosesan dan penggunaan komputer berkuasa tinggi, kini pihak Apple telah pun melancarkan Mac Pro baru mereka, dan mengatakan ia akan dipasarkan bermula penghujung tahun ini.
Apple selain mengumumkan sistem operasi OS X Mavericks yang akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna mereka, Apple juga turut mengemaskini keluarga komputer riba Macbook Pro dengan beberapa ciri-ciri baru.
Apple hari ini telah pun mengumumkan sistem operasi terbaru mereka – OS X Mavericks akan boleh dimuat-turun secara percuma bermula daripada hari ini. Seperti semua sedia maklum, kemaskini sistem operasi ini menyertakan beberapa penambah-baikkan bersama-sama dengannya.