iPad Mini Generasi Kedua Diperkenalkan – Menyertakan Skrin Retina Dan Cip A7 64-bit

Selain pengenalan tablet iPad Air, pihak Apple juga turut mengemaskini keluarga iPad Mini mereka, dimana generasi kedua iPad Mini kini hadir dengan skrin paparan Retina – seperti diperkatakan sebelum ini.

iPad Mini Generasi Kedua Diperkenalkan – Menyertakan Skrin Retina Dan Cip A7 64-bit

iPad Mini Generasi Kedua Diperkenalkan – Menyertakan Skrin Retina Dan Cip A7 64-bit

iPad Mini Generasi Kedua Diperkenalkan – Menyertakan Skrin Retina Dan Cip A7 64-bit

Selain daripada itu, ia turut membawakan kemaskini dari segi spesifikasi – menyertakan cip pemprosesan sama seperti iPhone 5S dan juga iPad Air, iaitu cip Apple A7 64-bit.

iPad Mini generasi kedua ini dikatakan membawakan masa bertahan bateri sehingga 10 jam, dan dijangka akan dipasarkan bermula November ini. Nama Malaysia tidak tersenarai dalam tarikh pelancaran fasa pertama, dan mungkin kita akan menerimanya sedikit lewat.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Apple turut mengatakan yang mana harga iPad Mini sedia ada akan diturunkan.

Nota: