iPad Mini Generasi Pertama Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula RM949 Di Malaysia

Selesai pengenalan iPad Mini 2, Apple telah pun mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, dan dilihat iPad Mini generasi pertama kini dijual pada harga bermula RM949 – memperlihatkan potongan harga sehingga RM50 berbanding sebelum ini.

iPad Mini Generasi Pertama Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula RM949 Di Malaysia

Potongan harga ini hanya diperlihatkan pada versi 16GB WiFi sahaja, sementara versi 32GB WiFi pula dijual pada harga bermula RM1279 (sebelumnya RM1299). Versi 64GB WiFi kekal pada harga RM1599.

Perkara sama juga pada versi 3G, dimana variasi 16GB dijual pada harga bermula RM1379 (sebelumnya RM1399), sementara 32GB dan 64GB kekal pada harga RM1699 dan RM1999.

Tarikh jualan iPad Mini 2 di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Nota: