Mungkinkah iPhone 6 Akan Kelihatan Sebegini?

Hari ini Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu Jimmy Lin telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6. Jimmy juga sebelum ini pernah mendedahkan gambar iPhone 5 sebelum penjualannya dan gambarnya hampir serupa dengan model versi terakhir. Pada halaman Weibo beliau juga turut menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 dan iPhone 5S.