Kemaskini Sokongan LTE Hadir Untuk Pengguna iPhone DiGi – Masih Belum Digunakan Sepenuhnya

DiGi LTE iPhoneHari ini, ia dilihat kemaskini sokongan LTE hadir untuk pengguna iPhone yang menggunakan talian DiGi. Namun, rangkaian tersebut seperti masih belum digunakan sepenuhnya buat masa ini.

Kemaskini ini mungkin boleh dikatakan sebagai persediaan pihak DiGi sebelum memperkenalkan sokongan rangkaian LTE mereka untuk pengguna telefon pintar.

Melalui Twitter, pihak DiGi dilihat mengatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan sokongan LTE untuk iPhone tidak lama lagi.

Di Malaysia, buat masa ini, hanya Maxis dan Celcom sahaja yang menyokong rangkaian LTE menggunakan gelombang 1800MHz.

Nota: