Skrin Sentuh Pada iPhone 5S Dan iPhone 5C Dilaporkan Tidak Begitu Tepat

Telefon pintar Apple telah dikatakan mempunyai kadar kependaman (latency) input skrin sentuh yang rendah berbanding beberapa peranti lain. Tetapi bagaimanakah dengan ketepatan input yang dilakukan pada skrin sentuh iPhone?

Mengikut laporan terbaru berdasarkan kepada ujian daripada OptoFidelity, ia dikatakan iPhone 5S dan juga iPhone 5C laju dalam memberikan reaksi kepada input pengguna, tetapi tidak begitu tepat dalam mengenal-pasti sentuhan jari seperti Galaxy S3.

Skrin Sentuh Pada iPhone 5S Dan iPhone 5C Dilaporkan Tidak Begitu Tepat

Ia dikatakan Galaxy S3 boleh mengenal pasti input dengan tepat pada keseluruhan skrin, kecuali pada bahagian tepi, tetapi sebaliknya untuk iPhone 5S dan iPhone 5C pula, ia kelihatan hanya tepat pada sebahagian kecil skrin di bahagian bawah.

Skrin Sentuh Pada iPhone 5S Dan iPhone 5C Dilaporkan Tidak Begitu Tepat

Di Malaysia, iPhone 5S dan juga iPhone 5C hanya akan dilancarkan pada penghujung bulan ini, maka kami tidak dapat mengatakan sama ada ia tepat ataupun sebaliknya. Namun, berdasarkan kepada ujian yang dilakukan, beberapa pengguna mengatakan mereka mempunyai sedikit masalah ketika membuat input ketika menggunakan kedua-dua telefon pintar ini.

Nota: