ZTE Dijangka Memperkenalkan Telefon Firefox OS Baru Pada MWC 2014

Selain Huawei, satu lagi syarikat pengeluar telefon dari China yang akan hadir ke MWC 2014 di Barcelona adalah ZTE. Pengeluar peranti berkenaan dijangka memperkenalkan beberapa peranti baru, termasuk salah satunya adalah telefon berasaskan Firefox OS yang baru.

Pada tahun lepas, mereka turut memperlihatkan telefon Firefox OS mereka, namun ia masih belum dipasarkan di Malaysia buat masa ini.

Selain daripada telefon Firefox OS, ZTE juga turut dijangka akan memperkenalkan sebuah telefon bersaiz 6-inci yang baru, serta antaramuka MiFavor 2.3 yang mana merupakan antaramuka peranti Android daripada ZTE.

Beberapa peranti sedia ada seperti Grand Smart Watch turut dijangka akan dipertontonkan pada acara berkenaan.

Nota: