Oppo Joy Dan Oppo Yoyo Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM398 Dan RM798

Oppo Malaysia, selain membawa masuk dua peranti dengan spesifikasi tinggi, iaitu Find 7 dan juga Find 7A, mereka juga turut tidak melupakan peranti berspesifikasi rendah mereka, iaitu Oppo Yoyo dan juga Oppo Joy.

Oppo Joy

Oppo Joy merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada Oppo pada segmen peranti dengan spesifikasi asas. Ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek dwi-teras 1.3GHz, skrin bersaiz 4-inci WVGA, memori sebanyak 512MB RAM, dan menggunakan kamera belakang 3-megapixel.

Oppo Yoyo

Oppo Yoyo pula merupakan peranti spesifikasi pertengahan daripada mereka, yang mana menjalankan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, skrin bersaiz 4.7-inci IPS, memori sebanyak 1GB RAM, serta kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadpaan 2-megapixel.

Oppo Joy dilihat akan dijual pada harga RM398 di Malaysia, sementara Oppo Yoyo akan dijual pada harga RM798.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat persaingan pada peranti berharga rendah daripada pelbagai pengeluar. Baru-baru ini, Asus Malaysia telah mengumumkan peranti Zenfone mereka yang ditawarkan pada harga bermula RM299, selain Huawei turut hadir dengan Huawei Honor 3C pada harga RM499. Adakah tawaran Oppo ini menarik minat anda berbanding tawaran daripada Asus dan juga Huawei?

Nota: