YouTube Memperkenalkan Sokongan Pengurusan Komen Untuk Penerbit Video

Sistem komen pada YouTube mungkin digemari sesetengah penerbit video, dan begitu juga sebaliknya. Kini, dalam usaha untuk memberi lebih kawalan berbanding sebelumnya, pihak YouTube memperkenalkan sokongan pengurusan komen yang baru kepada penerbit video.

YouTube Comments

Melalui sebuah halaman khas untuknya, kini seseorang penerbit video boleh memadam komen, menandakannya sebagai spam, ataupun Thumbs Up sesuatu komen tersebut.

Perkara ini mungkin akan membuatkan penerbit video di platform YouTube agak gembira berbanding sebelum ini.

Pihak YouTube turut mengatakan mereka akan memperluaskan sokongan halaman pengurusan komen tersebut tidak lama lagi dan akan turut menambah sokongan membalas komen terus melaluinya.

Nota: