Android For Work – Samsung Knox Di Bawa Ke Platform Android

Pada hari ini, sesetengah pengguna mempunyai dua peranti, dimana satu untuk tujuan kerja, dan satu lagi untuk kegunaan peribadi. Google mengenal-pasti masalah ini, dan di Google I/O mereka mengumumkan Android For Work, yang mana membolehkan data kerja dan peribadi boleh diakses menggunakan peranti sama.

Android For Work

Google mengatakan melalui Android For Work, pengguna boleh membahagikan penggunaan tanpa masalah, sementara pembangun pula tidak perlu melakukan sebarang perubahan untuk membolehkan ia berfungsi.

Untuk menjayakan fungsi ini juga, pihak Google berterima kasih untuk Samsung, memandangkan Samsung telah menyumbang teknologi Samsung Knox untuk fungsi ini. Semua data (kerja dan peribadi) akan dibahagikan, sementara lebih sekuriti akan ditawarkan melalui Android For Work ini. Perkara ini dilihat dijayakan melalui beberapa API baru yang ditawarkan melalui Android “L”.

Google turut mengatakan mereka akan hadir dengan program, dimana peranti yang dilabelkan sebagai “Android For Work” ditawarkan pelbagai pengeluar terkemuka, dengan janji akan menawarkan kemaskini dan sekuriti penuh untuknya.

Android For Work

Nota: