Yahoo! Melancarkan Launcher Aviate Untuk Pengguna Android

Yahoo! sebelum ini telah mengambil-alih salah satu launcher untuk Android, dinamakan sebagai Aviate. Kini, selepas ia hanya dalam fasa beta sehingga kini, Yahoo! hari ini secara rasminya telah melancarkan aplikasi berkenaan untuk semua pengguna Android.

Dinamakan sebagai Yahoo! Aviate, ia memaparkan pelbagai informasi, aplikasi dan sebagainya berdasarkan kepada penggunaan seseorang. Ia juga diintegrasikan dengan emel dan kalendar, memberikan anda lebih maklumat pada peranti anda ketika anda memerlukan.

Disamping itu, supaya anda tidak ketinggalan sebarang berita, Yahoo! turut memaparkan ringkasan berita sebanyak dua kali setiap hari terus melalui Yahoo! Aviate ini pada skrin utama peranti Android pengguna.

Dengan pelancaran rasmi ini juga, pengguna tidak lagi memerlukan emel jemputan untuk menggunakannya seperti sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store dan menggunakannya dalam memudahkan pengurusan peranti anda setiap hari.

Nota: