ZTE Grand S2 Diperkenalkan Dengan Sokongan Kawalan Pintar Berasaskan Suara

ZTE hari ini pada CES 2014 turut mengambil peluang untuk memperlihatkan peranti terbaru mereka, iaitu ZTE Grand S II. Melaluinya, ZTE memfokuskan kepada sokongan kawalan pintar berasaskan suara untuk membuat beberapa tugasan.

ZTE Grand S II

ZTE Grand S II ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip 2.3GHz Snapdragon 800, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan juga ruangan storan bersaiz 16GB.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kawalan pintar berasaskan suara, dimana pengguna boleh mengaktifkan peranti, merakamkan gambar, mengaktifkan mod pemanduan dan beberapa yang lain terus menggunakan arahan suara tanpa menekan sebarang butang.

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan di pasaran suara dunia, dan semestinya harga jualannya akan menjadi salah satu tanda tanya.

Kami sendiri sebelum ini pernah mencuba ZTE Grand S. Harap-harap agar masalah lengah masa disebabkan penggunaan antaramuka mereka dapat diatasi melalui peranti versi baru ini.

Nota: