Xperia Z1 Compact Mula Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM1699

Sony Mobile Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan permulaan penjualan Xperia Z1 Compact untuk pasaran Malaysia, dan ia membawakan harga jualan saranan RM1699.

Xperia Z1 Compact

Xperia Z1 Compact

Xperia Z1 Compact adalah variasi bersaiz mini untuk Xperia Z1, tetapi mengekalkan pelbagai spesifikasi yang sama seperti penggunaan kamera belakang 20.7-megapixel dan juga cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz. Perbezaannya, Xperia Z1 Compact membawakan skrin bersaiz sedikit kecil, iaitu 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pixel.

Buat masa ini, tiada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya. Bagi pengguna yang ingin mendapatkannya, boleh ke pusat jualan dan pengedar rasmi Sony di seluruh Malaysia.

Nota: