Galaxy NotePRO Diperlihatkan Di Malaysia – Dijual Bermula Mac, RM2999

Samsung Malaysia hari ini telah memperlihatkan salah satu tablet terbaru mereka, iaitu Galaxy NotePRO bersaiz 12.2-inci, dan menggunakan sistem operasi Android 4.4.2 KitKat serta antaramuka MagazineUX dan TouchWiz.

Samsung Galaxy NotePRO merupakan keluarga tablet terbaru yang telah diperkenalkan pada CES 2014 lepas, membawakan tablet dengan sokongan stylus.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 2.3GHz, skrin bersaiz 12.2-inci (2560×1600), kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, sokongan S-Pen, memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 9500mAh. Versi yang dijual di Malaysia membawakan sokongna rangkaian LTE bersama-sama dengannya.

Tablet Galaxy NotePRO 12.2 ini akan dijual di Malaysia bermula Mac ini pada harga RM2999.

Galaxy NotePRO 12.2

Galaxy NotePRO 12.2

Galaxy NotePRO 12.2

Galaxy NotePRO 12.2

Nota: